Isnin, 9 November 2009

Seminar PAS-Selesaikah isu UG?

Persepsi aku sekarang TGHA seorang yang lambat bertindak.Sepatutnya siasatan dan tindakan sudah diambil terhadap golongan yang menyokong UG selepas muktamar di Ipoh lagi.Perkara ini dah selesai.Aku dah makin setuju dengan pendapat Prof. Aziz Bari yang membandingkan TGHA dengan Pak Lah Badawi dalam mengambil tindakan.Mungkin ada betulnya..Sekiranya perkara ini berterusan,isu ini akan menjadi barah kepada PAS dan PR.



Dalam muktamar yang lalu,telah dipersetujui bersama untuk memperkukuhkan PR dan menolak UG.Namun isu ini masih berbangkit.TGHA dan penyokong UG seperti tak menghormati keputusan muktamardan ahli jemaah.Apa guna dibuat mesyuarat(muktamar) kalau hasilnya tak diikuti.Natijahnya jemaah akan hancur dan kacau bilau.

Penyokong dan ahli dicawangan ada yang mula buat persepsi buruk terhadap kepimpinan diatas.Ada yang kata TGHA dan golongan pro UG dah dirasuah oleh UMNO.Aku tak sampai tahap itu lagi.Aku masih mempertahankan TGHA dan minta mereka bersabar dan jangan buat tuduhan melulu.Tapi sikap dan tindakan TGHA seperti mahu mengundang fitnah ini.Selesaikanlah segera masalah UG ini.


Dalam seminar memperkasakan parti pada 7 November 09,resolusi yang isinya hampir sama dengan keputusan dalam muktamar telah dibuat.Apakah ada tindakan tegas akan dibuat.Sekiranya tidak,maka selepas ini tak perlulah panggil ahli(AJK) untuk bermesyuarat atau berseminar lagi.Hanya buang masa dan duit sahaja.Sebelum terlambat,elok buat EGM khas untuk pilih kepimpinan yang baru.Seperti yang dicadangkan oleh TGNA.


Ini hanya pendapat orang kecil.Aku "ORANG PULAU"